PROGRAM EXPLORACE SAINS DAN MATEMATIK 2019

Sabtu 28 April 2019

Jabatan Sains dan Matematik telah mengajurkan explorace bertempat di Rimba Herba dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Perlis. Program tersebut disertai lebih kurang 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Dalam program tersebut pelajar diberi pendedahan tentang kegunaan herba dan nama tumbuhan herba.

Para pelajar juga dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diletakkan di stesen-stesen yang ditetapkan. Dalam program ini juga pelajar diberi pendedahan tentang lestari alam sekitar.

Larian Hijau

Sabtu 3 Mac 2019

Pada 3 Mac 2019 telah menjadi pengelola bagi Program Merentas desa (Larian Hijau) bagi pelajar tingkatan 6 seluruh negeri perlis. Larian diadakan di Tasik Melati . Para peserta terdiri dari pelajar tingkatan 6 atas dari SMK Tengku Suleiman, SMK Syed Sirajuddin, SMK Putera dan SMK Syed Alwi.

Majlis Persaraan

Tanggal 31 Jan 2019 bersama hari Khamis telah diadakan Majlis Persaraan buat Cikgu Yah bt Hanapiah, Cikgu Shamshidah bt Sahid dan Cikgu Ami Harizam bin Ahmad.

Wagra SMKTS merakam jutaan terima kasih buat ketiga-tiga orang guru tersebut di atas yang telah banyak menyumbang tenaga dan bakti di sekolah ini. Terima kasih cikgu jasa kalian tetap dikenang.