PROGRAM EXPLORACE SAINS DAN MATEMATIK 2019

Sabtu 28 April 2019

Jabatan Sains dan Matematik telah mengajurkan explorace bertempat di Rimba Herba dengan kerjasama Jabatan Hutan Negeri Perlis. Program tersebut disertai lebih kurang 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Dalam program tersebut pelajar diberi pendedahan tentang kegunaan herba dan nama tumbuhan herba.

Para pelajar juga dikehendaki menjawab beberapa soalan yang diletakkan di stesen-stesen yang ditetapkan. Dalam program ini juga pelajar diberi pendedahan tentang lestari alam sekitar.