Lencana Sekolah

 

Antara aspek penting yang terdapat dalam lencana sekolah ini ialah obor,buku dan kombinasi warna merah, kuning dan putih.

Buku  terbuka bermaksud memberi ilmu pengetahuan atau proses pencarian dan penyebaran ilmu sebagai tonggak kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan. Obor pula melambangkan semangat waja dimana pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman akan sentiasa bersemangat dan tidak akan berputus asa.

Tiga warna yang menghiasi lencana sekolah turut mempunyai pengertian terendiri. Merah melambangkan keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani. Kuning ialah warna diraja dan ia juga bermaksud kesetiaan kepada raja. Putih pula bermaksud diri pelajar yang suci, bersih dan penuh keikhlasan dalam menerima ilmu pengetahuan.

SMKTS berpegang kepada motto “ Pengetahuan Membina Kehidupan”