Kata Aluan Pengetua

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web SMK Tengku Suleiman dapat dilaksanakan pada tahun ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa laman web SMK Tengku Suleiman atas kejayaan membangunkan laman web sekolah ini.

 

Diharapkan dengan kewujudan laman web ini, guru-guru, pelajar dan ibu bapa akan sentiasa menggunakan laman web sekolah ini untuk memperluas maklumat berhubung dengan perkembangan sekolah, Disamping memudahkan pelanggan berurusan dengan pihak sekolah, mereka juga dapat menyalurkan maklumat, aduan, atau pertanyaan, dalam usaha membantu pihak sekolah memperkasa bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan pelajar dan lain-lain. Kepada pelajar diingatkan agar tidak menggunakan kemudahan internet untuk tujuan negatif, sebaliknya gunakan laman web ini untuk menambah maklumat dan bertukar pandangan bagi kecemerlangan diri dan sekolah.

Saya amat berharap semoga dengan adanya laman ini, semua pihak dapat mencambah idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sekolah ini. Semoga semua tenaga kerja dan warga sekolah ini sentiasa menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah ini selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah yang gemilang pada tahun 2012. Manfaatkanlah penggunaan internet untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran anda. Saya berkeyakinan bahawa barisan pendidik dan semua pelajar, mampu merealisasikan matlamat tersebut.

Saya juga berharap agar SMK Tengku Suleiman dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan hanya dari aspek akademik malah dari aspek sahsiah diri seiring dengan Falfasah Pendidikan Negara yang turut menggariskan matlamat melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Akhir kata, sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

 

 

Sekian, terima kasih.