Penafian, Hak Cipta, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan

Penafian

Setiap maklumat yang terkandung di laman web Sek.Men.Kebangsaan Tengku Suleiman,02400 Beseri, Perlis adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMKTS  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMKTs berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengan maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMKTS  tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan. Maklumat untuk dimuat turun adalah dijamin bebas dari sebarang virus. Pihak sekolah  tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku akibat jangkitan sebarang virus.

Hakcipta

Hakcipta © SMK Tengku Suleiman.Perlis 2012

Semua aspek berkenaan laman web SMKTS – rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain – adalah hakcipta SMKTS dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya.

Dengan mengakses laman web SMKTS, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak SMKTS.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkenaan hakcipta laman web SMKTS, sila hubungi ree0063@smktgsuleiman.edu.my

Dasar Privasi

Tiada Maklumat peribadi dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali Maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web SMKTS sahaja. Perlu diingat bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman yang dilayari.

Cookies yang dijana oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul Maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak disimpan secara kekal dan tidak disimpan di dalam cakera keras computer anda. Cookies boleh dihapuskan menggunakan setting dalam pelayar web.

Dasar Keselamatan

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan sisimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.