Bengkel Kreatif Xpress Anjuran KRU Academy dan MOSTI

Tanggal 30 Oktober 2012 SMKTS  telah menerima kunjungan Pengarah KRU Studio En. Yusri Abul Halim  , Dr. Yahya bin Abdullah (Course Director VFX) , En. Mohd Faiz Bin Alias (Course Director 2D)  KRU Academy dan krew bagi mengadakan bengkel kreatif Xpress anjuran KRU Academy dengan kerjasama MOSTI. Tujuan diadakan bengkel ini ialah memberi kesedaran kepada pelajar bagi mencetus generasi kreatif. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua  dan diikuti dengan ucapan oleh En.Yusri bin Abdul Halim. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 1,2, 3,4 dan Pra-u (semester 2) dan 6 orang pelajar dari SMK Dato’ Ali, Kangar turut ikut serta. Seramai 60 orang telah mencuba melakarkan idea masing-masing dan hanya 15 yang telah berjaya disenarai pendek. Bengkel ini tamat pada jam 5.30 petang dimana majlis penyampaian sijil kepada peserta.

Majlis Graduasi SMKTS Kali Pertama 2012

Tanggal 29 Oktober telah berlangsung Majlis Graduasi buat julung-julung kali nya di adakan di SMKTS. Majlis Graduasi bermula pada jam 9.00 pagi.  Majlis telah dirasmikan oleh En. Suhaimi bin Md Noor Ketua Sektor Pendidikan Swasta . Seramai 234 orang pelajar tingkatan lima dan 65 orang pelajar pra universiti telah menerima sijil masing-masing .

 

 

Program Selepas PMR 2012

Tanggal 18 Oktober 2012 bertempat di tapak perkhemahan telah diadakan program ‘Survival’ salah satu program yang diadakan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.  Pertandingan penyediaan sarapan pagi dan makan tengahari telah dipertandingkan.  Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut.

‘Bersahabat Dengan Kamus ‘

Tanggal 18 Oktober 2012 bertempat di Dewan Dato’ Mahmud Hj. Hashim telah berlangsung Program Bersahabat Dengan Kamus’ yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Panitia Bahasa Melayu SMK Tengku Suleiman. Hampir 300 orang pelajar yang terdiri daripada beberapa buah sekolah seperti SMK Derma, SMKA Arau, SMKA Perempuan, SMS Syed Putera, SMK Dato’ Sheikh Ahmad  dan SMK Tengku Suleiman sendiri selaku tuan rumah. Program ini telah dirasmikan oleh  Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Utara En. Abd.Nasir bin Razali .