Selamat Menempuh PMR 2012

 

 

Semua guru dan staff SMKTS  mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menempuh Peperiksaan PMR 2012 mulai 9 Oktober hingga 15 Oktober 2012.  Di harap semua pelajar  telah bersedia  dari  segi fizikal dan mental serta fokus dengan peperiksaan yang akan ditempuhi. Jaga kesihatan dan sentiasalah mengulangkaji pelajaran. Berusaha dan bertawakallah kepada Allah. Kejayaan adalah milik setiap insan yang berusaha!

SMKTS BOLEH

 

Sambutan Kemerdekaan ke 55 peringkat sekolah 2012

Tanggal 30 ogos 2012 bertempat di dewan Dato’  Mahmud Hj. Hashim SMKTS telah berlangsung pelancaran sambutan Hari Kemerdekaan. Acara dimulakan dengan menayang slide  semperna Malaysia mencapai kemerdekaan. Pihak sekolah telah menjemput Dato’ Johari bin Darus bekas setiausaha sulit Almarhum DYMM Tuanku Raja Syed Puteramemberi ceramah tentang kemerdekaan.Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

 

Majlis Sumbangan Duit Raya2012

Majlis Sumbangan Duit Raya2012

Rabu 15 Ogos 2012 bertempat Dewan  Dato’ Mahmud Haji Hashim SMKTS telah melakar satu sejarah dimana julung-julung kalinya majlis sumbangan duit raya di adakan di dewan baru SMKTS .  Majlis sumbangan duit raya telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Nordin bin Yahya. Sumbangan di sampaikan kepada murid-murid SMKTS yang terdiri dari Anak-anak yatim dan miskin. Selain itu seluruh pelajar turut juga menerima duit raya dari guru tingkatan masing-masing . Akhir sekali semua guru dan pelajar besalaman dan bermaafan .

Tanggal 28 Feb 2013  bertempat di Dataran KHB SMKTS   seramai 15 pelajar Diploma Hospitaliti dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin  dan 3 orang pensyarah telah menjalankan projek bagi menjalin hub komuniti dengan institut pendidikan bagi melengkapkan projek tahun akhir pelajar Diploma Hospitaliti. 2 orang guru Pn.Sakinah binti  Hashim Guru Kanan Teknik Vokasional dan Pn. Hasliza bt Ismail selaku Ketua Panitia KHB  serta  dibantu oleh 12 orang pelajar SMKTS , 9 orang dari Tingkatan 3 Jejarum dan 3 orang dari tingkatan 3 Kemboja  turut serta dalam program tersebut.