PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN SCHOOL LAB NEGERI PERLIS

Tarikh : 8 Mac 2017 (Rabu). Bermula jam 8.00 pagi.

Bertempat di Dewan Dato’ Mahmud Hj Hashim, SMKTS. 8 Kumpulan telah terpilih kepusingan akhir daripada 40 penyertaan. 8 kumpulan tersebut ialah :

1.BESERI LABBERS dari SMK BESERI – Cg Azwazafinny bt Aziz . 2.IDEAL SSN dari SMK SYED HASSAN – Cg Shahari Saman.  3. SMKTS TEAM B dari SMK TENGKU SULEIMAN – Cg Rahana bt Mohd Noor.  4. JUNIOR LAB dari SA AL ISLAHIYAH – Cg Suhaimi bin Saipudin.     5. GENIUS GIRLS dari SA AL ISLAHIYAH – Cg Nornaimah bt Rodzi.   6. GROUP 1 dari SMK AGAMA ARAU – Cg Hamidah bt Abdul Rahman.  7. GROUP 2 dari SMK AGAMA ARAU – Cg Hamidah bt Abdul Rahman.  8. GENIUS TWINS dari SMKA (P) ALAWIYAH – Cg Ismawati Omar

KEPUTUSAN:

TEMPAT PERTAMA : SMK AGAMA ARAU.

TEMPAT KEDUA : SMK BESERI

TEMPAT KETIGA : SA AL ISLAHIYAH

 

 

 

PROGRAM JOM SOLAT 2017

MAJLIS PELANCARAN JOM SOLAT, PELANTIKAN IMAM MUDA DAN PERASMIAN MTQSS

Majlis berlansung pada 6 Februari 2017, masa 7.40 pagi. Iaitu masa perhimpunan rasmi hari Isnin. Program ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Majlis dirasmikan oleh Mejar Bersekutu (PA) Ayub bin Ahmad (Pengetua SMKTS). Majlis dimulai dengan perasmian oleh tuan pengetua SMKTS, seterusnya gimik pelancaran JOM SOLAT dan MTQSS peringkat SMKTS, diikuti dengan simbolik pelantikan Imam Muda.

Imam Muda yang dilantik ialah  Ku Muhammad Zul Aiman Ku Muhammad Nabil, Muhammad Akmal Syahmie, Muhammad Amin bin Noor Azam dan Nur Azizi bin Zambri.

Pembantu Imam Muda ialah Shahriful Rosmin bin Saiful Shuhaidi Yazamir, Muhammad Wafiy bin Muhammad Rizal, Muhammad Arif Zuhairi, Ahmad Fadzli bin Abdul Malik, Muhd Khairul Akmal bin Roslan, Adam Fahmi bin Zubir, Muhd Adi Akmal bin ZulKifli dan Muhammad Akmal bin Mohd Asri.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS

MAJLIS PENYERAHAN ROTAN, PENURUNAN SURAT KUASA MEROTAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SMKTS 2017

pengawasMajlis diadakan pada tarikh 23 Januari 2017 (Isnin) Masa 7.40 pagi, bertempat di Dewan Dato’ Mahmud Haji Hashim, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman. Majlis dirasmikan oleh En. Mohamad bin Desa, Pengerusi PIBG SMK Tengku Suleiman.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis dan zikir Asma ul Husna, diikuti ucapan perasmian oleh pengerusi PIBG, iaitu En. Mohamad bin Desa. Majlis diteruskan dengan penyerahan rotan dari wakil PIBG kepada guru-guru disiplin dan penyelaras tingkatan.

Diikuti dengan penyerahan surat penurunan kuasa merotan kepada wakil guru, penyampaian watikah perlantikan pengawas dan diakhiri dengan ikrar dari pengawas SMKTS.

perlantikan 2