KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017, Peringkat SMK. Tengku Suleiman diadakan pada hari Rabu, 25 Janauri 2017. Berlangsung dalam cuaca yang cerah, mendapat sambutan meriah dari pelajar dan guru. Kejohanan bermula seawal 8.00 pagi dan tamat jam 10.00 pagi.

Pada jam 10.30 pagi, pelajar berkumpul di Dewan Dato’ Mahmud Hj. Hashim kerana diadakan majlis penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah dilakukan oleh Tuan Pengetua, Mejar Bersekutu (PA) Ayub bin Ahmad.

Johan Kejohanan Merentas desa 2017 di menangi oleh rumah sukan Zuhrah, mendapat 422 mata yang ketuai oleh Cik Shafinar bt Salleh. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar rumah kuning. Kepada yang kurang berjaya, diharap berusaha lebih gigih lagi.

keputusan

zDSC00391

MAJLIS GRADUASI SMKTS 2016 KALI KE 5

dato-tajuddin

Tanggal 26 Oktober 2016  Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman (SMKTS) telah mengadakan Majlis Graduasi kali kelima. Majlis ini diadakan bagi meraikan 3 orang pelajar dari Pendidikan Khas, 237 pelajar tingkatan 5 dan 93 pelajar tingkan 6 atas. Namun demikian, majlis pada kali ini dapat diadakan dengan lebih meriah dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai perasmi. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Datin Rosni  bin Mat Daud isteri kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Encik Bakri bin Baharom Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Muazam Shah,, Jitra,Kedah Darulaman dan wakil Pengarah Pendidikan Perlis.

Warga SMKTS ingin merakam sekalung penghargaan kepada semua pihak yang sudi menjayakan Majlis Graduasi SMKTS kali ke-5.

[portfolio_slideshow id=2133]

TRAGEDI OKTOBER 2016

Tanggal 12 Oktober 2016  – Seluruh warga SMKTS dan masyarakat berhampiran telah dikejutkan dengan tragedi kebakaran di SMKTS. Kebakaran berlaku di Blok Pusat Akses Sekolah dan Bilik ERT.

Dalam masa yang sama seramai 208 pelajar yang sedang menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) gempar seketika apabila berlaku kebakaran di Pusat Akses Sekolah.

Dalam kejadian 11.55 pagi itu semua pelajar terbabit sedang menduduki kertas Pendidikan Islam di dewan yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kebakaran.

Pengarah Pendidikan negeri Izmi Ismail berkata, kejadian menyebabkan peperiksaan terpaksa dihentikan selama 40 minit selepas pihaknya menerima arahan pihak bomba.

“Peperiksaan ditangguhkan sekitar 12.20 tengah hari sebelum disambung pada 1 tengah hari selepas mendapat kebenaran bomba.

“Sepanjang tempoh itu, semua pelajar PT3 dikuarantin di lokasi yang selamat sebelum dibawa masuk semula ke dewan peperiksaan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohd Fadzil Haroon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.08 tengah hari.

Katanya, 21 anggota dan pegawai dari masing-masing dari Balai Bomba Kangar, Padang Besar dan Kuala Perlis mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Setakat ini hanya dua bilik iaitu Pusat Akses Sekolah  dan bilik masakan hangus terbakar. Punca kejadian sedang dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Oktober 2016 @ 2:37 PM

[portfolio_slideshow ]